At last, dapat gak aku join korang dalam blog ni. Setelah amy membebel takde org nak post apa2. Hihihi. Bukan apa... aku ni malas nak menekan keyboard ni. Aku selalu gak bukak blog amy. Rajin tul minah tu menulis. Dah macam diari dah. Takpelah at least ada bahan bacaan aku yang menghiburkan time boring kat ops.
1st sekali aku nak wish kat Marina, selamat jadi IBU. Macam tak caya jekan. Ina tu seingat aku comel je macam budak sekolah menengah.. tup...tup... dah jadi mama sekrg. Alhamdulillah baby n mama selamat. Sorry lah lambat wish. Anyway harap2 ko ingat kat aku yang comel ni. Akupun tak lama ngan korang. Sempat masa ESL je. Nak buat macamana... tak kuat semangat macam korang.
Well, tak lama lagi, kita nak berposa. Kira tahun ni best skit lah posa sbb hidup aku dah banyak berubah. Ada org baru dalam hidup. Mungkin ada antara korang yang tak tau tapi biasalah jodoh pertemuan, ajal maut semua kat tangan Tuhan. Dah lama tak berteman, tahun ni rasa kekok lak. Macam mula2 kawin dulu. Tapi yang paling best sgt 1 hari sebelum posa, aku leh melantak apa je yang aku nak sebab 12hb tu bday aku. (Saja je nak promote), and 1st day posa lak bday new hubby aku. Dia dahpun ambik cuti 3 hari sempena bday kitaorg n ramadhan ni. Aku dapat ambik 2 hari je sbb cuti dah hbs. Nak buek camanooooo.
Untuk makluman, aku baru je move to Bangi on 1st sep aritu. Mesti korang pelikkan... Aku kerja kat KL tapi stay kat Bangi. Tulah aku nak luahkan isihati aku ni. Aku pindah pun sbb dah penat asyik berulang ke umah mak aku je sbb nak tgk cucu2 dia. Bleh dikatakan dalam seminggu tu sampai 3 @ 4 kali ke sana. So aku n hubby pk balik, pasal minyak, tol n umah and decide pindah sana. So sekarg sng skit, aku sewa kat area mak aku duduk gak. Selang satu jalan je. Apa2 hal anak aku leh hantar kat dia. (Pandai tak aku) hihihih. Rasanya tu jelah mukaddimah aku kat blog ni. Semoga kita semua sihat menjalankan ibadah posa tahun ni. Raya nanti jomlah jemput dtg umah aku.
No.22 jalan 3/27, Seksyen 3, Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor. And lastly pada semua, ni no hp aku yang baru 012-2930400. CHOW
Writer : Jie (Hazrin)
No.22 jalan 3/27, Seksyen 3, Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor. And lastly pada semua, ni no hp aku yang baru 012-2930400. CHOW
Writer : Jie (Hazrin)
No comments:
Post a Comment