Thursday, August 23, 2007

An update from Marina

Well…secara tiba-tiba dah jadi emak orang after bini orang. My baby was born on 3rd May 2007 at 4.30pm…after 12 hours in labour room (phew..!!). She was 3.14 kg then, now is 6 kg. We name her Nureen Aishah. The name Aishah is actually after my late mother. So we just add Nureen kat depan (hehehe). Simple je nama dia kan? Tapi (I know we shouldn’t start sentence with ‘tapi’….tapi nak jugak!), it took us months nak cari sepatah perkataan kat depan tu. Barulah tau rupanya payah nak cari nama nie…or we’re not creative enuff kot…

I will let the pictures below tell the rest of the story….

2 days old

2 weeks old
Cukur rambut oleh Mak Bidan Sg Petani, Kedah
After shaved, 1 month old
2 months old
3 months old


Latest

Posted by : Marina




Sunday, July 22, 2007

Amy's Cream Caramel

Disclaimer : This is a recipe taught by my sis in law, Intan. Cuba la sendiri.. sedap ke tak sedap ke terpulang pada citarasa masing2..

Bahan:
10 biji telur (Size biasa)

1 tin susu pekat (preferably F & N coz not so sweet)
1 tin susu cair (preferably Carnation)
1 sudu kecil vanilla essence

3/4 cawan gula (suka hati)


Cara membuat:

1) Pukul telur hingga putih atau setakat mana larat. Tips: Lagi lama lagi gebu strukturnya

2) Masukkan susu cair dan susu pekat, gaul


3) Masukkan vanilla essence, gaul lagi





4) Lepas siap, sediakan bekas untuk kukus dan mula didihkan air dlm pengukus


5) Masukkan gula ke dlm kuali di atas api yg sederhana, kacau perlahan sehingga cair seperti gambar di bawah, tak payah tambah air



6) Tuangkan gula caramel itu ke dlm bekas, biarkan dlm seminit dua, kemudian masukkan bahan kacau tadi (telur/susu) ke dlm bekas
7) Letakkan bekas ke dlm pengukus dan biarkan selama lebih kurang 30-35 minit
8) Angkat bekas dari pengukus (selepas dia dah jadi cam gambar atas kanan bawah) dan telangkupkan ke atas bekas untuk dihidang (supaya bahagian gula berada di atas)

9) Biarkan selama 10-15 minit sebelum masukkan ke dalam fridge

Handsome kah saya?

Selamat mencuba!

Pizza Anyone?

A simple pizza - made by a lazy woman (read:me)

Ingredients:

Instant dough by B.ake with Yen
Tomato puree (C.hef Brand)
Pepperoni & Sausage
Onions (potong dadu)
Grated cheese by B.ake with Yen


Cara Membuat :
1) Pepperoni dan sausage diperap dgn sedikit sos tiram, sedikit cili boh & sedikit kicap manis
2) Gorengkan pepperoni dan sausage (dlm minyak yg sedikit) tadik bersama bawang - tak payah lama2
3) Panaskan ketuhar (200) selama 20 minit
4) Sapukan tomato puree ke atas dough (rujuk gambar atas)


5) Taburkan grated cheese secukup rasa/sesuka hati
6) Taburkan pepperoni/sausage/capiscum yg digoreng tadi
7) Taburkan grated cheese tambahan kalau nak

8) Masukkan pizza ke dlm ketuhar (selepas dipanaskan 20 minit). Bakar selama 10-15 minit


Siap untuk ditelan!


Posted by Amy

Friday, July 20, 2007

Bulan Rejab

Hmmm masuk sapu-sapu halaman rumah yg takde saper nak singgah ni.. mana la pegi kawan2 yg kata nak update tuh.. anyway, I take this opportunity to post about puasa di bulan Rejab, took this from email received from a friend..

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi S.a.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi S.A.W:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan
umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya , Syaaban dengan malam
NISFUnya dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARNYA .

Malam awal Rejab mustajab doanya (Dalam kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Ø Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
Ø Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
Ø Puasa 3 hari dijadikan parit yg panjang yg menghalangkan dia
keneraka
Ø Puasa 4 hari diafiatkan dari bala dan daripada penyakit yg
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat
Ø Puasa 5 hari aman dari azab kubur
Ø Puasa 6 hari keluar kubur bercahaya muka
Ø Puasa 7 hari ditutup tujuh pintu neraka
Ø Puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
Ø Puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH
tidak ditolak dia masuk syurga
Ø Puasa 10 hari Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi
Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat
Ø Puasa 16 hari akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan
orang pertama menziarahi Allah didalam syurga
Ø Puasa 19 hari dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai nabi
Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s
Ø Puasa 20 hari diampunkan segala dosanya yg telah lalu

ü Puasa 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun
ü Puasa 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun
ü Puasa 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab
dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di
hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:
v Diampunkan dosanya yang lalu
v Dipelihara Allah umurnya yang tinggal
v Terlepas dari dahaga di hari kiamat

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, ditulis kepadanya tiap sehelai
bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malan Rejab minta ampun
oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: telah aku ampunkan
mereka. Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada dan
petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada
api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

v Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKU. Demi
ketinggianKU dan KebesaranKU, tidak Aku tolak hajatmu. Engkau adalah
jiranKU dibawah ArasyKU. Engkau kekasihKU daripada segala makhlukKU,
engkau terlebih mulia atasKU. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKU dan
antarakau. (dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran
hari ISRAK-MIKRAJ.

Ø Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar didalam syurga
Firdaus.

Ø Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya (Berjaga) seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya
70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya dari jasadnya, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika
berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Ø Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,
pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan
berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Ø Demikian keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan
dengan BULAN ALLAH.

Ø REJAB bulan menabur benih
Ø SYA'ABAN bulan menyiram tanaman
Ø RAMADHAN bulan menuai
Ø REJAB menyucikan badanya
Ø SYA'ABAN menyucikan hati
Ø RAMADHAN menyucikan roh
Ø REJAB bulan taubat
Ø SYA'Aban bulan muhibbah
Ø RAMADHAN bulan dilimpahi pahala amalan.

Ø Semoga kita sama-sama mendapat manafaat ...Amin.


Posted by Amy (again)

Thursday, March 8, 2007

FuHhh berabuK!!

Asyik muka aku ni jek datang sapu habuk kat blog nih ek? Sian aku tengok blog ni. Bila diaorg nak contribute lagik nih?

Anyway, sbb aku dah takde idea, ini ada gambar Sandra dgn Wa kat Langkawi masa Wa masuk Ironman Langkawi..romantik gitu. Sand ada call aku petang tadik, borak2..well, Sand dah tak keje kat situ lagi, she's now Korang tanya la dia sendiri nanti, ok?

Nampak macam boypren gelpren jek kan? Tak nampak macam dah ada 3 anak! eehe jgn marah aku curik gambo.

Yg lain-lain tu, takkan la takde langsung update diri masing? Fadzi bleh citer your interview experience, Marina about you being pregnant..Intan pasal students2 ko, Jie,Maff ngan Yan pasal your worklife. Recipe yg korang cipta ke? Tips2 shopping..kat mana Sale terbaru ke? Anything la, or else it defeats the purpose I created tis blog for you girls kan? :D

Wednesday, January 10, 2007

Intan's updates

Aku ni dah lama nak post cerita tapi selalu ajer jadi halfway…banyak sangatlah masalah teknologi yang jadi kat office ni…tapi apapun this week not my week…Last Thursday aku baru dapat news yang nenek aku sakit…time tu dia kat mersing Johor..nenek aku ni even though dah berumur tapi she loves traveling so much…jgn tak tau time aku duduk kat uk dulu pun dia sempat sampai n nak kata aku manja sangat tu taklah tapi bila aku balik Kedah ajer she will spoilt me with all her cooking…Time aku berita tu condition nenek aku memang not good dia dah tak nampak because sugar level dia dah 29…mak su aku yang kat Johor dah panik n mak aku tengah bersiap on the way nak ke Johor…aku jgn cakaplah dah banjir pun…aku rasa this is the worst lah bila ngko duduk jauh…aku pun dah pegi airport check tickets n everything…aku bukan doa okay just a matter of I need to standby because Laut China Selatan tu aku tak boleh nak jalan atas air…


So sambung cerita my mum n all my pakcik manage to reach Mersing n boleh bawa nenek aku balik Kedah…sekarang ni dia kat Kedah Medical Center under treatment .. aku sekarang ni everyday call mak aku…Part yang sedih my sister in law cakap the moment nenek aku jejak kaki ke rumah the other day she cried…seriously aku dah hidup for 29 oppsss 30 this year sebagai cucu dia aku tak pernah nampak dia nangis except time atuk aku meningggal dulu ( kat kedah nenek orang panggil Tok and atuk we call Tok Wan) I just hope she manage to recover even though aku call mak aku every day aku still tak dapat cakap ngan dia coz stroke tu dah kacau sikit dia punya percakapan so tak clear n secondly aku memang tak sanggup aku tak boleh nak dengar suara dia dalam stage yang macam tu…


As promise aku attach gambar anak aku dalam stage bergaya manja


Posted by Intan Lily