Friday, July 20, 2007

Bulan Rejab

Hmmm masuk sapu-sapu halaman rumah yg takde saper nak singgah ni.. mana la pegi kawan2 yg kata nak update tuh.. anyway, I take this opportunity to post about puasa di bulan Rejab, took this from email received from a friend..

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi S.a.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi S.A.W:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan
umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya , Syaaban dengan malam
NISFUnya dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARNYA .

Malam awal Rejab mustajab doanya (Dalam kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Ø Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
Ø Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
Ø Puasa 3 hari dijadikan parit yg panjang yg menghalangkan dia
keneraka
Ø Puasa 4 hari diafiatkan dari bala dan daripada penyakit yg
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat
Ø Puasa 5 hari aman dari azab kubur
Ø Puasa 6 hari keluar kubur bercahaya muka
Ø Puasa 7 hari ditutup tujuh pintu neraka
Ø Puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
Ø Puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH
tidak ditolak dia masuk syurga
Ø Puasa 10 hari Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi
Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat
Ø Puasa 16 hari akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan
orang pertama menziarahi Allah didalam syurga
Ø Puasa 19 hari dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai nabi
Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s
Ø Puasa 20 hari diampunkan segala dosanya yg telah lalu

ü Puasa 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun
ü Puasa 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun
ü Puasa 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab
dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di
hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:
v Diampunkan dosanya yang lalu
v Dipelihara Allah umurnya yang tinggal
v Terlepas dari dahaga di hari kiamat

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, ditulis kepadanya tiap sehelai
bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malan Rejab minta ampun
oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: telah aku ampunkan
mereka. Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada dan
petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada
api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

v Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKU. Demi
ketinggianKU dan KebesaranKU, tidak Aku tolak hajatmu. Engkau adalah
jiranKU dibawah ArasyKU. Engkau kekasihKU daripada segala makhlukKU,
engkau terlebih mulia atasKU. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKU dan
antarakau. (dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran
hari ISRAK-MIKRAJ.

Ø Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar didalam syurga
Firdaus.

Ø Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya (Berjaga) seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya
70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya dari jasadnya, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika
berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Ø Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,
pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan
berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Ø Demikian keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan
dengan BULAN ALLAH.

Ø REJAB bulan menabur benih
Ø SYA'ABAN bulan menyiram tanaman
Ø RAMADHAN bulan menuai
Ø REJAB menyucikan badanya
Ø SYA'ABAN menyucikan hati
Ø RAMADHAN menyucikan roh
Ø REJAB bulan taubat
Ø SYA'Aban bulan muhibbah
Ø RAMADHAN bulan dilimpahi pahala amalan.

Ø Semoga kita sama-sama mendapat manafaat ...Amin.


Posted by Amy (again)

No comments: