Bahan:
10 biji telur (Size biasa)
1 tin susu pekat (preferably F & N coz not so sweet)
1 tin susu cair (preferably Carnation)
1 sudu kecil vanilla essence
3/4 cawan gula (suka hati)
Cara membuat:

1) Pukul telur hingga putih atau setakat mana larat. Tips: Lagi lama lagi gebu strukturnya
2) Masukkan susu cair dan susu pekat, gaul
3) Masukkan vanilla essence, gaul lagi
4) Lepas siap, sediakan bekas untuk kukus dan mula didihkan air dlm pengukus5) Masukkan gula ke dlm kuali di atas api yg sederhana, kacau perlahan sehingga cair seperti gambar di bawah, tak payah tambah air

6) Tuangkan gula caramel itu ke dlm bekas, biarkan dlm seminit dua, kemudian masukkan bahan kacau tadi (telur/susu) ke dlm bekas
7) Letakkan bekas ke dlm pengukus dan biarkan selama lebih kurang 30-35 minit 8) Angkat bekas dari pengukus (selepas dia dah jadi cam gambar atas kanan bawah) dan telangkupkan ke atas bekas untuk dihidang (supaya bahagian gula berada di atas)
9) Biarkan selama 10-15 minit sebelum masukkan ke dalam fridge






