Monday, June 30, 2008

Updates from Nadhrah & Zurinah

Hello kawan2...I'm back! (siapa lagi kan??)

Latest Amy dapat contact balik dgn satu lagi budak N03: Zureen - Zurinah Hamzah. Dia contact Amy thru email I think one week after Amy post pasal Anis tu. Zureen sekarang kat Pasir Gudang Johor, and she had met Fadzi dah :)..ada la little reunion gak kan? She's a fulltime housewife with 3 adorable kids..gambar kat bawah ni.
Ni description dlm email dia "hai amy, ni zureen ada attach gambar .. gambar ni masa birthday anak sulung dekat sekolah (last november) n masa birthday anak yang bongsu last february. anak zureen yang sulung umur dah 6 tahun aisha nasuha, second one ainul mardhiah 4 years old n the youngest muhammad aqil baihaqi 2 years old ... yang paling havoc in the family. gambar lelaki tu..my husband hairul hizan ahmad.."

Zureen ni ada jual macam2...I've lost count already. Segala serba-serbi dia jual...telekung, tudung, brooch, gelang, baju budak2...you name it. So, kalau berminat bleh contact Zureen's email : zureen76@yahoo.com

Nadhrah pun ada bagi gambar dia kat Amy. Cerita dia bleh tengok kat post pasal Amy jumpa Anis tu, kat bahagian comment.

By the way, Amy baru perasan Jie ada tulis blog rupanya last year dlm ni tapi dia tak publishkan and it was left there in the draft. Padanla dia kata dia susah nak post kan blog, rupanya she left there in the draft. So, ni Amy dah publishkan and change the date supaya it displayed as a recent post. Buat pengetahuan Nadh, depa ni semua Amy dah bagi username and password utk buat blog dlm ni tapi masing2 busy kut..

Pasal reunion tu, minta maaf la tak comfortable nak buat kat rumah Amy duduk sekarang sbb ni rumah parents, so macam rasa tak 'bebas' gitu. Rumah Amy insyallah hujung tahun ni or awal tahun depan siap kut. I was thinking maybe we can meet kat Curve or Ikano since Anis bukak kedai kat situ. So, we can all meet up at one of the restaurants there, lepak2 borak2, then after that bleh la pegi visit kedai Anis sekali...one of my suggestions la. If you all ada apa2 lagi cadangan bernas, then put a comment here ok?? Till later!

Writer : Amy

Sunday, June 29, 2008

Tahniah Marina n Selamat Berposa Geng2 semua



At last, dapat gak aku join korang dalam blog ni. Setelah amy membebel takde org nak post apa2. Hihihi. Bukan apa... aku ni malas nak menekan keyboard ni. Aku selalu gak bukak blog amy. Rajin tul minah tu menulis. Dah macam diari dah. Takpelah at least ada bahan bacaan aku yang menghiburkan time boring kat ops.


1st sekali aku nak wish kat Marina, selamat jadi IBU. Macam tak caya jekan. Ina tu seingat aku comel je macam budak sekolah menengah.. tup...tup... dah jadi mama sekrg. Alhamdulillah baby n mama selamat. Sorry lah lambat wish. Anyway harap2 ko ingat kat aku yang comel ni. Akupun tak lama ngan korang. Sempat masa ESL je. Nak buat macamana... tak kuat semangat macam korang.


Well, tak lama lagi, kita nak berposa. Kira tahun ni best skit lah posa sbb hidup aku dah banyak berubah. Ada org baru dalam hidup. Mungkin ada antara korang yang tak tau tapi biasalah jodoh pertemuan, ajal maut semua kat tangan Tuhan. Dah lama tak berteman, tahun ni rasa kekok lak. Macam mula2 kawin dulu. Tapi yang paling best sgt 1 hari sebelum posa, aku leh melantak apa je yang aku nak sebab 12hb tu bday aku. (Saja je nak promote), and 1st day posa lak bday new hubby aku. Dia dahpun ambik cuti 3 hari sempena bday kitaorg n ramadhan ni. Aku dapat ambik 2 hari je sbb cuti dah hbs. Nak buek camanooooo.


Untuk makluman, aku baru je move to Bangi on 1st sep aritu. Mesti korang pelikkan... Aku kerja kat KL tapi stay kat Bangi. Tulah aku nak luahkan isihati aku ni. Aku pindah pun sbb dah penat asyik berulang ke umah mak aku je sbb nak tgk cucu2 dia. Bleh dikatakan dalam seminggu tu sampai 3 @ 4 kali ke sana. So aku n hubby pk balik, pasal minyak, tol n umah and decide pindah sana. So sekarg sng skit, aku sewa kat area mak aku duduk gak. Selang satu jalan je. Apa2 hal anak aku leh hantar kat dia. (Pandai tak aku) hihihih. Rasanya tu jelah mukaddimah aku kat blog ni. Semoga kita semua sihat menjalankan ibadah posa tahun ni. Raya nanti jomlah jemput dtg umah aku.

No.22 jalan 3/27, Seksyen 3, Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor. And lastly pada semua, ni no hp aku yang baru 012-2930400. CHOW

Writer : Jie (Hazrin)

Friday, May 9, 2008

I found Anis!

Letih la kan asyik Amy jek yg update dlm nih :)

Yeap, I found Anis! Terserempak dgn dia kat KL hari ni. Terperanjat dia. Kurusnya dia sekarang, maintain body gitu. According to her, she's married for 7 years and ada anak yg dah berumur 6 tahun. Sekarang dia buka butik kat Ikano, The Curve. Dia pesan kalau kita ada nak buat gathering, dia ajak buat kat IKEA or Ikano la..so that bleh jumpa dia sekali. Entah bila la reunion N03 nak jadi kenyataan kan? Insyallah, one fine day.

Anyway, Amy dah dapat contact number dia. So rasanya most of No3 classmates Amy ada simpan nombor la. Cuma tak tahu Salbiah, Zurin, Nik dgn Latiff kat mana je. Munzir dgn Aidi walaupun takde contact number, tahu gak la diaorg ada kat mana kan. Zul ada nombor, tapi macam tak berminat nak balas pun sms atau call yg dibuat..so entah la.

I just hope that we keep in touch... tu je :). Well, hopefully you all semua sihat2 selalu.. till later beb..signing off.

Thursday, August 23, 2007

An update from Marina

Well…secara tiba-tiba dah jadi emak orang after bini orang. My baby was born on 3rd May 2007 at 4.30pm…after 12 hours in labour room (phew..!!). She was 3.14 kg then, now is 6 kg. We name her Nureen Aishah. The name Aishah is actually after my late mother. So we just add Nureen kat depan (hehehe). Simple je nama dia kan? Tapi (I know we shouldn’t start sentence with ‘tapi’….tapi nak jugak!), it took us months nak cari sepatah perkataan kat depan tu. Barulah tau rupanya payah nak cari nama nie…or we’re not creative enuff kot…

I will let the pictures below tell the rest of the story….

2 days old

2 weeks old
Cukur rambut oleh Mak Bidan Sg Petani, Kedah
After shaved, 1 month old
2 months old
3 months old


Latest

Posted by : Marina




Sunday, July 22, 2007

Amy's Cream Caramel

Disclaimer : This is a recipe taught by my sis in law, Intan. Cuba la sendiri.. sedap ke tak sedap ke terpulang pada citarasa masing2..

Bahan:
10 biji telur (Size biasa)

1 tin susu pekat (preferably F & N coz not so sweet)
1 tin susu cair (preferably Carnation)
1 sudu kecil vanilla essence

3/4 cawan gula (suka hati)


Cara membuat:

1) Pukul telur hingga putih atau setakat mana larat. Tips: Lagi lama lagi gebu strukturnya

2) Masukkan susu cair dan susu pekat, gaul


3) Masukkan vanilla essence, gaul lagi





4) Lepas siap, sediakan bekas untuk kukus dan mula didihkan air dlm pengukus


5) Masukkan gula ke dlm kuali di atas api yg sederhana, kacau perlahan sehingga cair seperti gambar di bawah, tak payah tambah air



6) Tuangkan gula caramel itu ke dlm bekas, biarkan dlm seminit dua, kemudian masukkan bahan kacau tadi (telur/susu) ke dlm bekas
7) Letakkan bekas ke dlm pengukus dan biarkan selama lebih kurang 30-35 minit
8) Angkat bekas dari pengukus (selepas dia dah jadi cam gambar atas kanan bawah) dan telangkupkan ke atas bekas untuk dihidang (supaya bahagian gula berada di atas)

9) Biarkan selama 10-15 minit sebelum masukkan ke dalam fridge

Handsome kah saya?

Selamat mencuba!

Pizza Anyone?

A simple pizza - made by a lazy woman (read:me)

Ingredients:

Instant dough by B.ake with Yen
Tomato puree (C.hef Brand)
Pepperoni & Sausage
Onions (potong dadu)
Grated cheese by B.ake with Yen


Cara Membuat :
1) Pepperoni dan sausage diperap dgn sedikit sos tiram, sedikit cili boh & sedikit kicap manis
2) Gorengkan pepperoni dan sausage (dlm minyak yg sedikit) tadik bersama bawang - tak payah lama2
3) Panaskan ketuhar (200) selama 20 minit
4) Sapukan tomato puree ke atas dough (rujuk gambar atas)


5) Taburkan grated cheese secukup rasa/sesuka hati
6) Taburkan pepperoni/sausage/capiscum yg digoreng tadi
7) Taburkan grated cheese tambahan kalau nak

8) Masukkan pizza ke dlm ketuhar (selepas dipanaskan 20 minit). Bakar selama 10-15 minit


Siap untuk ditelan!


Posted by Amy

Friday, July 20, 2007

Bulan Rejab

Hmmm masuk sapu-sapu halaman rumah yg takde saper nak singgah ni.. mana la pegi kawan2 yg kata nak update tuh.. anyway, I take this opportunity to post about puasa di bulan Rejab, took this from email received from a friend..

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi S.a.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi S.A.W:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan
umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya , Syaaban dengan malam
NISFUnya dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARNYA .

Malam awal Rejab mustajab doanya (Dalam kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Ø Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
Ø Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
Ø Puasa 3 hari dijadikan parit yg panjang yg menghalangkan dia
keneraka
Ø Puasa 4 hari diafiatkan dari bala dan daripada penyakit yg
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat
Ø Puasa 5 hari aman dari azab kubur
Ø Puasa 6 hari keluar kubur bercahaya muka
Ø Puasa 7 hari ditutup tujuh pintu neraka
Ø Puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
Ø Puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH
tidak ditolak dia masuk syurga
Ø Puasa 10 hari Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi
Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat
Ø Puasa 16 hari akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan
orang pertama menziarahi Allah didalam syurga
Ø Puasa 19 hari dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai nabi
Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s
Ø Puasa 20 hari diampunkan segala dosanya yg telah lalu

ü Puasa 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun
ü Puasa 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun
ü Puasa 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab
dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di
hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:
v Diampunkan dosanya yang lalu
v Dipelihara Allah umurnya yang tinggal
v Terlepas dari dahaga di hari kiamat

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, ditulis kepadanya tiap sehelai
bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malan Rejab minta ampun
oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: telah aku ampunkan
mereka. Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada dan
petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada
api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

v Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKU. Demi
ketinggianKU dan KebesaranKU, tidak Aku tolak hajatmu. Engkau adalah
jiranKU dibawah ArasyKU. Engkau kekasihKU daripada segala makhlukKU,
engkau terlebih mulia atasKU. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKU dan
antarakau. (dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran
hari ISRAK-MIKRAJ.

Ø Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar didalam syurga
Firdaus.

Ø Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya (Berjaga) seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya
70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya dari jasadnya, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika
berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Ø Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,
pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan
berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Ø Demikian keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan
dengan BULAN ALLAH.

Ø REJAB bulan menabur benih
Ø SYA'ABAN bulan menyiram tanaman
Ø RAMADHAN bulan menuai
Ø REJAB menyucikan badanya
Ø SYA'ABAN menyucikan hati
Ø RAMADHAN menyucikan roh
Ø REJAB bulan taubat
Ø SYA'Aban bulan muhibbah
Ø RAMADHAN bulan dilimpahi pahala amalan.

Ø Semoga kita sama-sama mendapat manafaat ...Amin.


Posted by Amy (again)